| Ikan patin ( sangkar atau kolam ) dibersihkan dan di basuh dengan air asam jawa. (Jika patin sungai tidak perlu di basuh dengan air asam).( Patin kolam perlu direndam selama setengah jam dalam air asam ) 
 Masukkan air  dalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yang telah digiling.
 Kemudian  masukkan ikan dan tempoyak.
 Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan  asam keping.
 Akhir sekali masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan  sedikit gula.
 
 Jika anda suka, boleh juga masukkan beberapa batang kacang  bendi.
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 Gulai Lemak KetamBahan-Bahan: 3 ekor ketam1½ biji kelapa parut
 4 sm kunyit hidup
 15 biji cili  api
 1 biji nenas
 2 batang serai
 1 helai daun kunyit
 Garam dan  serbuk perasa secukupnya
 Cara-Cara:Bersihkan ketam, kemudian dipotong dua setelah itu basuh dan toskan airnya. Nenas dibersihkan kulit dan matanya kemudian dipotong kecil-kecil. Cili api ditumbuk sersama serai dan kunyit hidup. Kelapa diperah ambil santannya secukup untuk kegunaan. Masukkan ketam ke dalam periuk bersama-sama bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi dengan santan. Jerangkan di atas api. Kemudian masukkan nenas, garam dan serbuk perasa secukupnya sambil dikacau selalu. Bila telah mendidih dan pekat, bolehlah diangkat. 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 Rendang AyamBahan-Bahan: 1 ekor ayam1 mangkuk santan pekat
 10 ulas bawang merah
 5 ulas  bawang putih
 3 cm halia
 3 cm lengkuas
 20 tangkai cili kering
 2  helai daun kunyit
 3 sudu besar kerisik
 1 keping asam gelugur
 Sedikit  garam
 
 Cara-Cara: Ayam dipotong ikut suka dan dibersihkan. Cili kering, halia, bawang merah, lengkuas dan bawang putih dikisar halus. Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam kuali, kemudian tambahkan ayam dan kerisik. Kacau rata agar semua bahan sebati dan bahan masak dengan api yang sederhana hingga air ayam kering. Kemudian masukkan santan pekat dan daun kunyit, sentiasa dikacau. Setelah kuah pekat masukkan garam dan asam keping, kacau rata hingga kuah kering. 
 
 
 Ikan Merah Kukus  Bahan-bahan ( 3 orang )1/2 ekor ikan merah saiz besar (kalau ikan kecil guna seekor)  3 helai daun bawang - potong bulat bahagian bawahnya yang warna putih/hijau  muda tu, x yah amik daunnya)  segenggam daun katumbar  2 sudu besar kicap cair  1 sudu besar sos tiram  2 ulas bawang putih - dimayang nipis  1 inci halia - dihiris nipis  2-3 titik minyak bijan  1 batang cili merah - dipotong  Secubit garam 
  Cara-cara Ikan dikelar-kelar dan dilumur sedikit garam.   Masuk dalam pinggan tahan panas. Lumurkan sos tiram pada ikan dan curahkan  kicap cair.   Taburkan halia dan bawang putih. Kalau boleh, masukkan ke celah-celah ikan  yang dikelar tadi (both sides).   Tabur daun bawang, daun ketumbar dan cili merah potong ke atas ikan.   Akhir sekali titiskan minyak bijan ke atas ikan dan kukus selama 20 minit  attau hingga ikan masak. 
 
 
 
 Ikan Siakap Kukus  Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(  1/2 camca teh garam  1/2 camca teh tepung jagung  1/2 camca teh lada sulah  3 camca besar jus limau kasturi*  1 1/2 camca besar minyak masak*  1 1/2 camca teh gula*  1/2 camca teh garam*  5 - 10 biji cili padi, dihiris*  2 batang serai, dihiris halus*  1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*  1 helai daun limau purut, dihiris halus*  1/2 inci halia muda. dihiris halus*  2 ulas bawang putih, dihiris halus*  1/2 camca teh tepung jagung*  1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.  
  Cara-cara Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada  sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.   Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga  sebati. Ketepikan.   Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus. 
 
 
  
 Asam Pedas Melaka  Bahan-bahan ( 1 family... )3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)  Bahan kisar:-  3 biji bawang merah  10biji cili kering  1/2 in halia  1 sudu teh jintan manis  1 sudu teh jintan putih  1/4 sudu teh lada hitam  1/2 in kunyit hidup  2 ulas bawang putih  Bahan tumis:-  @ 1/2 bawang besar-hiris  @ 1/4 sudu teh biji sawi  @ 1/4 sudu teh halba  @ 2 tangkai daun kari  air asam jawa secukupnya  air secukupnya  1 biji tomato-potong2  5 biji kacang bendi  1 serai-diketuk  1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya  minyak masak  garam dan gula jika suka 
  Cara-cara panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.    masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2  lain.   masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Rendang Tok Seri Perak | Bahan-Bahan: |   | 1 ½ kg  daging lembu (dipotong kiub 5 cm) 150 gm bawang kecil
 120 gm bawang  putih
 150 gm halia (dikisar)
 10 batang serai (dikisar halus)
 | Bahan-bahan  kisar: 2 sudu besar serbuk ketumbar
 2 sudu besar serbuk cili
 1 sudu  kecil jintan manis
 1 sudu kecil jintan putih
 ½ sudu kecil lada hitam
 10  biji buah pelaga
 10 biji bunga cengkih
 5 cm kulit kayu manis
 1 sudu  kecil serbuk kunyit
 ½ biji kelapa untuk dibuat kerisik
 2 biji kelapa  (ambil santannya)
 3 sudu kecil santan
 2 sudu kecil gula
 2 helai daun  kunyit
 |   | Cara: |   | Perapkan daging bersama semua Bahan-bahan kisar selama lebih kurang dua jam. Selepas itu bolehlah dimasak lebih kurang 2 hingga 2 1/2 jam sehingga kuah menjadi kering. Pastikan daging itu empuk dan lembut. Selepas itu, masukkan perasa. 
 
 
 
 | 
  
 
 Udang Galah Masak LemakSumber  & Gambar : Mak Lang  Azie Bahan-bahan½  kg Udang galah
 Bahan  tumbukCili  padi 1/2 genggam
 Bwg  putih
 Bwg  merah
 Halia
 Lengkuas
 Kunyit  hidup
 Kacang  panjang
 Buah  tomato
 Asam  keping
 Santan  cair
 Santan  pekat
 Serai  – dititik
 Daun  kunyit
 Cara  Membuatnya  1.  Tumiskan bahan tumbuk tadi hingga wangi. 2.  Masukkan santan cair dan udang galah tadi, kacau. 3.  Campakkan serai, daun kunyit dan asam keping, kacau..biarkan  sekejap.4.  Masukkan kacang panjang, tomato dan santan pekat…tunggu hingga mendidih dan  bolehlah ditutup api. 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Udang MasalaSumber: Azie  Maklang Bahan-bahan:1. Panaskan minyak, tumiskan bawang  yang telah dipotong.Udang sederhana besar (campur  dengan serbuk kunyit + garam, goreng sekejap). Angkat ketepikan.
 Bawang besar  (separuh potong dan separuh lagi kisar)
 Bawang putih - kisar
 Halia -  kisar
 Cili merah - kisar
 Tomato - kisar
 Jintan manis
 Jintan  putih
 Ketumbar
 Lada putih
 serbuk kunyit
 serbuk cili
 kas-kas }  option
 Daun kari
 serai
 santan
 
 Cara-cara:
 2. Masukkan bahan yang dikisar.
 3. Masukkan serbuk  cili, santan, udang serta rempah ratus dan gaul rata
 4. Masukkan garam
 5.  Siap.
 
 
 
 
 
 
Chili Crab Sumber  & Gambar : Mak Lang  Azie Bahan-bahan3  ekor Ketam } letak garam + lada hitam
 Halia  } dicincang halus
 Bwg  putih }
 3  sb Sos tomato
 3sb  Sos cili
 1sb  Sos tiram
 ½  st belacan – dibakar dan dihancur2kan halus
 Tepung  jagung + air
 Cili  padi
 Cara  Membuatnya 1.  Ketam digoreng terlebih dahulu…ketepikan. 2.  Tumiskan bwg putih dan halia hingga wangi. 3.  Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram dan juga belacan, kacau, campakkan  cili padi. 4.  Masukkan air bancuhan tepung jagung, biar mendidih  sekejap. 5.  Last sekali masukkan ketam tadi dan gaul sampai semuanya  sebati. 6.  Angkat dan taburkan daun sup jika suka 
  
 
 
 Ayam KalasanSumber  : Variasi Masakan Selatan oleh Norzailina NordinKiriman & Gambar : Jeni
 Bahan-bahan500  ml santan dari 1 biji kelapa
 1  ekor ayam potong 8
 1  sudu makan kicap manis
 1  sudu teh kunyit serbuk
 Garam  dan gula secukup rasa
 Minyak  masak
 Bahan  (A) ditumbuk kasar6  cm lengkuas
 5  cm halia
 4  cm kunyit
 5  ulas bawang putih
 5  batang serai
 2  biji bawang besar
 Cara  Membuatnya 1.  Perap ayam bersama kicap, serbuk kuinyit dan garam selama 1  jam. 2.  Rebus ayam dengan santan dan bahan (A). Tambah gula dan garam secukup  rasa. 3.  Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan  rebusan. Ketepikan. 4.  Panaskan minyak, goreng ayam hingga keemasan. Letak di dalam  pinggan.5.  Goreng pula bahan rebusan yang ditapis di dalam minyak tadi. Bila sudah garing,  angkat dan taburkan di atas ayam tadi. 
 
 Ikan Bawal Sweet n Sour  Sumber dari Junjs11@myresipi.com
Bahan-bahan ( 3-4 org makan )1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit  tepung jagung.  3 biji bawang merah-ditumbuk  1 ulas bawang putih-ditumbuk  1 in halia-dihiris panjang2  1 biji tomato-dipotong dadu  1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu  1/2 biji bawang besar-dipotong dadu  2 sudu besar sos tomato  2 sudu besar sos cili  1/2 lobak merah-dipotong dadu  1/3 timun-dipotong dadu  sedikit bunga kobis  sedikit nenas-dipotong dadu  sedikit garam dan gula secukup rasa 
  Cara-cara Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.   Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.   Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg  digoreng tadi 
 
 
 
 
 
 Ikan Bakar Air Asam  Sumber dari Biduri
Bahan-bahan ( 1 orang )1 ekor ikan  1/2 biji tomato  1 sudu besar asam jawa  2 biji cili padi- kalau nak lagi pedas boleh tambah  1/4 biji bawang besar  2 tangkai daun kesum  garam  gula 
  Cara-cara Bersih ikan. Letakkan sedikit garam dan bakar   [ Persediaan untuk air asam ]   Potong dadu tomato,mayang bawang besar dan juga daun kesum. Potong cili padi    Masukkan air masak ke dalam asam jawa. Tapis untuk ambil airnya   Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam air asam jawa.   Tambahkan garam dan gula secukup rasa 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Udang Masak Kasturi Sumber : Kak RayKiriman : Anim
 Bahan-bahan Yang Perlu 10 ekor udang besar5 biji cili merah
 5 biji cili hijau
 2  tomato merah
 2 biji bawang besar
 2 biji limau kasturi diambil airnya.
 2 tomato hijau
 Secawan minyak masak
 Garam secukup rasa
 Cara memasaknya  Udang digaul dengan air limau dan garam, cili hijau, cili merah ditumbuk kasar, bawang dihiris tomato dibelah empat, panaskan minyak masukkan udang. Setelah masak angkat udang.  Tumis bawang besar, agak masak kemudian masukan cili ditumbuk, gaul rata dengan api sederhana. Apabila naik minyak masukan udang yang sudah digoreng tadi. Gaul rata sebelum diangkat masukkan tomato dan hidangkan.
 
 
 Gulai Lemak Daging Salai Sumber  & Gambar : Mak Lang  Azie Bahan-bahanDaging  salai (maklang rebus dan bakar atas dapur jer...dah bakar baru maklang  hiris)
 Bahan  tumbuk/kisar halusCili  padi
 Bawang  merah
 Bawang  putih
 Kunyit  hidup
 Serai  - titikCili  hijau - belah 2
 Santan
 Pati  santan
 Bacang  muda - hiris
 Cara  Masukkan  daging, santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Didihkan. Masukkan  santan pekat dan campakkan cili hijau. Biarkan seketika. Jangan sampai keluar  minyak nanti tak sedap. Tutup  api dan hidangkan bersama nasi putih.
 
 
  
 
 
 
 Black Pepper Chili CrabSumber  & Gambar : Zahara Bee Bahan-bahan3  ekor Ketam
 Chilli dlm 3 sdm (chili bersama bwg besar - saya dah kisar n  tumis kering utk kegunaan bila perlu)
 Bawang putih (lebih kurang 3  ulas)
 Sos cili
 Sos tomato
 Oyster sos
 1 sudu lada hitam (ditumbur  kasar)
 Sedikit air
 Cara:    Tumis  bwg putih hingga wangi, masukkan chili dan kacau sebentar.  Masukan tiga jenis sos dan lada hitam, tambah sedikit air kemudian masukan ketam. Kacau rata dan tutup kuali biar ketam masak.  Kepekatan  kuah ikut selera, kalau suka cair tambah sedikit air.  Dah  masak apa lagi hidangkan lah.
 
 
 
  
 
 
 Kerang Berapi Sumber  : JiejieGambar : Mak  Lang Azie
 Bahan1  kilo kerang
 5  ulas bawang merah> diblend
 4  ulas bawang putih> diblend
 1  labu bawang besar> diblend
 7  tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut &  diblend)
 3  tangkai cili merah> diblend
 8  biji cili api > diblend
 3  batang serai (kasi lebih pun boleh) > dimayang/diracik halus
 3  helai daun kunyit > diracik halus
 1  biji telur > dipukul hingga hancur
 1  1/2 sudu tepung jagung > untuk pekatkan kuah
 sedikit  sos tiram pedas/biasa
 sedikit  air
 garam  secukup rasa
 gula  secukup rasa.
 minyak  untuk menggoreng.
 Cara  membuatnya  Tumiskan  bahan yang diblend hingga wangi. Masukkan  hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh  garing. Masukkan  hirisan daun kunyit. Kacau lagi. Masukkan  telur dan kacau hingga telur masak. Masukkan  sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau. Masukkan  sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi. Masukkan  tepung jagung dan kacau. Akhirnya  masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.
 
 
 
 | 
1 comment:
Akmar, resepi awak adalah yang paling bodoh bagi saya. Tolong teliti membuatnya. Minta tolong kat orang yang ada persekolahan dan intelligent.
Post a Comment