Friday, December 11, 2009

Masak Lemak Siput Sedut












(sumber dari Majalah Wanita)



Bahan-bahan:


1kg siput sedut - bersihkan dan buang hujung ekornya
15 biji cili api                      - dikisar

2 ulas bawang merah            - dikisar
2 ulas bawang putih             - dikisar

2 batang serai - dititik
1 kg santan
Sedikit asam dan garam




Cara Membuat:


1. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama santan. Kacau sehingga mendidih.

2. Kemudian masukkan siput yang telah dibersihkan. Masak hingga mendidih. Masukkan asam dan garam secukup rasa.





Monday, November 16, 2009

Daging Dendeng

 










sumber dari majalah wanita
Bahan-bahan:


1 kg daging (dihiris nipis dan tebal)
10 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
2 batang serai -dikisar
2 inci halia - dikisar
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu jinta putih
1 sudu ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
250 gm kerisik kelapa
200 gm cili kering - dikisar
Secubit lada putih
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara Membuat:


1. Potong daging dan hiris nipis serta lebar.
2. Gaul bersama sos tiram dan serbuk kunyit kemudia digoreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya.
4. Masukkan jintan putih, ketumbar, kicap pekat, kerisik kelapa, gula dan garam.
5. Masukkan daging tadi dan gaulkan sehingga rata.

Daging Dendeng

sumber dari majalah wanita
Bahan-bahan:

1 kg daging (dihiris nipis dan tebal)
10 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
2 batang serai -dikisar
2 inci halia - dikisar
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu jinta putih
1 sudu ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
250 gm kerisik kelapa
200 gm cili kering - dikisar
Secubit lada putih
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara Membuat:

1. Potong daging dan hiris nipis serta lebar.
2. Gaul bersama sos tiram dan serbuk kunyit kemudia digoreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya.
4. Masukkan jintan putih, ketumbar, kicap pekat, kerisik kelapa, gula dan garam.
5. Masukkan daging tadi dan gaulkan sehingga rata.

Sunday, October 11, 2009

Kari Kepala Ikan










KARI KEPALA IKAN

sumber dari: Majalah Wanita

Bahan-bahan:

300 gm kepala ikan
100 ml minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

50 gm cili kering
150 gm bawang merah
50 gm serai

Bahan Pes:

200 gm serbuk kari ikan
20 gm biji sawi
40 ml air
60 gm bawang besar -dihiris
2 tangkai daun kari
200 ml santan kelapa pekat
2 biji terung bulat
2 biji tomato

Cara Membuat:

1. Panaskan kuali.
2. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, masukkan pes kari dan biji sawi dan caau supaya pes tidak melekat
3. Masukkan bawang besar, air asam jawa dan biar mendidih. Kemudian masukkan kepala ikan, santan, terung dan tomato. Biarkan mendidih sehingga pekat.

Monday, October 5, 2009





Gulai Tempoyak Ikan Patin

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan patin sungai atau sangkar
3 sudu asam jawa
3 sudu tempoyak
50 g cili api ( digiling )
2 cm kunyit hidup ( digiling )
2 bunga kantan ( dibelah )
garam
gula
daun kesom secukupnya
asam keping secukupnya
Cara:
Ikan patin ( sangkar atau kolam ) dibersihkan dan di basuh dengan air asam jawa. (Jika patin sungai tidak perlu di basuh dengan air asam).( Patin kolam perlu direndam selama setengah jam dalam air asam )

Masukkan air dalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yang telah digiling.
Kemudian masukkan ikan dan tempoyak.
Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping.
Akhir sekali masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan sedikit gula.

Jika anda suka, boleh juga masukkan beberapa batang kacang bendi.











Gulai Lemak Ketam

Bahan-Bahan:

3 ekor ketam
1½ biji kelapa parut
4 sm kunyit hidup
15 biji cili api
1 biji nenas
2 batang serai
1 helai daun kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-Cara:

Bersihkan ketam, kemudian dipotong dua setelah itu basuh dan toskan airnya. Nenas dibersihkan kulit dan matanya kemudian dipotong kecil-kecil. Cili api ditumbuk sersama serai dan kunyit hidup. Kelapa diperah ambil santannya secukup untuk kegunaan. Masukkan ketam ke dalam periuk bersama-sama bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi dengan santan. Jerangkan di atas api. Kemudian masukkan nenas, garam dan serbuk perasa secukupnya sambil dikacau selalu. Bila telah mendidih dan pekat, bolehlah diangkat.











Rendang Ayam

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
1 mangkuk santan pekat
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
20 tangkai cili kering
2 helai daun kunyit
3 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
Sedikit garam

Cara-Cara:

Ayam dipotong ikut suka dan dibersihkan. Cili kering, halia, bawang merah, lengkuas dan bawang putih dikisar halus. Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam kuali, kemudian tambahkan ayam dan kerisik. Kacau rata agar semua bahan sebati dan bahan masak dengan api yang sederhana hingga air ayam kering. Kemudian masukkan santan pekat dan daun kunyit, sentiasa dikacau. Setelah kuah pekat masukkan garam dan asam keping, kacau rata hingga kuah kering.








Ikan Merah Kukus

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 1/2 ekor ikan merah saiz besar (kalau ikan kecil guna seekor)
  • 3 helai daun bawang - potong bulat bahagian bawahnya yang warna putih/hijau muda tu, x yah amik daunnya)
  • segenggam daun katumbar
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih - dimayang nipis
  • 1 inci halia - dihiris nipis
  • 2-3 titik minyak bijan
  • 1 batang cili merah - dipotong
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. Ikan dikelar-kelar dan dilumur sedikit garam.
  2. Masuk dalam pinggan tahan panas. Lumurkan sos tiram pada ikan dan curahkan kicap cair.
  3. Taburkan halia dan bawang putih. Kalau boleh, masukkan ke celah-celah ikan yang dikelar tadi (both sides).
  4. Tabur daun bawang, daun ketumbar dan cili merah potong ke atas ikan.
  5. Akhir sekali titiskan minyak bijan ke atas ikan dan kukus selama 20 minit attau hingga ikan masak.







Ikan Siakap Kukus

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.







Asam Pedas Melaka

Bahan-bahan ( 1 family... )

  • 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
  • Bahan kisar:-
  • 3 biji bawang merah
  • 10biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • Bahan tumis:-
  • @ 1/2 bawang besar-hiris
  • @ 1/4 sudu teh biji sawi
  • @ 1/4 sudu teh halba
  • @ 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka

Cara-cara

  1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.










Rendang Tok Seri Perak

Bahan-Bahan:
1 ½ kg daging lembu (dipotong kiub 5 cm)
150 gm bawang kecil
120 gm bawang putih
150 gm halia (dikisar)
10 batang serai (dikisar halus)
Bahan-bahan kisar:
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil lada hitam
10 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ biji kelapa untuk dibuat kerisik
2 biji kelapa (ambil santannya)
3 sudu kecil santan
2 sudu kecil gula
2 helai daun kunyit
Cara:
Perapkan daging bersama semua Bahan-bahan kisar selama lebih kurang dua jam. Selepas itu bolehlah dimasak lebih kurang 2 hingga 2 1/2 jam sehingga kuah menjadi kering. Pastikan daging itu empuk dan lembut. Selepas itu, masukkan perasa.









Udang Galah Masak Lemak

Sumber & Gambar : Mak Lang Azie

Bahan-bahan
½ kg Udang galah

Bahan tumbuk
Cili padi 1/2 genggam
Bwg putih
Bwg merah
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
Kacang panjang
Buah tomato
Asam keping
Santan cair
Santan pekat
Serai – dititik
Daun kunyit

Cara Membuatnya

1. Tumiskan bahan tumbuk tadi hingga wangi.

2. Masukkan santan cair dan udang galah tadi, kacau.

3. Campakkan serai, daun kunyit dan asam keping, kacau..biarkan sekejap.

4. Masukkan kacang panjang, tomato dan santan pekat…tunggu hingga mendidih dan bolehlah ditutup api.












Udang Masala

Sumber: Azie Maklang

Bahan-bahan:
Udang sederhana besar (campur dengan serbuk kunyit + garam, goreng sekejap). Angkat ketepikan.
Bawang besar (separuh potong dan separuh lagi kisar)
Bawang putih - kisar
Halia - kisar
Cili merah - kisar
Tomato - kisar
Jintan manis
Jintan putih
Ketumbar
Lada putih
serbuk kunyit
serbuk cili
kas-kas } option
Daun kari
serai
santan

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang yang telah dipotong.
2. Masukkan bahan yang dikisar.
3. Masukkan serbuk cili, santan, udang serta rempah ratus dan gaul rata
4. Masukkan garam
5. Siap.










Chili Crab

Sumber & Gambar : Mak Lang Azie

Bahan-bahan
3 ekor Ketam } letak garam + lada hitam
Halia } dicincang halus
Bwg putih }
3 sb Sos tomato
3sb Sos cili
1sb Sos tiram
½ st belacan – dibakar dan dihancur2kan halus
Tepung jagung + air
Cili padi

Cara Membuatnya

1. Ketam digoreng terlebih dahulu…ketepikan.

2. Tumiskan bwg putih dan halia hingga wangi.

3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram dan juga belacan, kacau, campakkan cili padi.

4. Masukkan air bancuhan tepung jagung, biar mendidih sekejap.

5. Last sekali masukkan ketam tadi dan gaul sampai semuanya sebati.

6. Angkat dan taburkan daun sup jika suka








Ayam Kalasan

Sumber : Variasi Masakan Selatan oleh Norzailina Nordin
Kiriman & Gambar : Jeni

Bahan-bahan
500 ml santan dari 1 biji kelapa
1 ekor ayam potong 8
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan (A) ditumbuk kasar
6 cm lengkuas
5 cm halia
4 cm kunyit
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 biji bawang besar

Cara Membuatnya

1. Perap ayam bersama kicap, serbuk kuinyit dan garam selama 1 jam.

2. Rebus ayam dengan santan dan bahan (A). Tambah gula dan garam secukup rasa.

3. Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan rebusan. Ketepikan.

4. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keemasan. Letak di dalam pinggan.

5. Goreng pula bahan rebusan yang ditapis di dalam minyak tadi. Bila sudah garing, angkat dan taburkan di atas ayam tadi.







Ikan Bawal Sweet n Sour

Sumber dari Junjs11@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 org makan )

  • 1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.
  • 3 biji bawang merah-ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 1 in halia-dihiris panjang2
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
  • 1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 lobak merah-dipotong dadu
  • 1/3 timun-dipotong dadu
  • sedikit bunga kobis
  • sedikit nenas-dipotong dadu
  • sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
  2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi







Ikan Bakar Air Asam

Sumber dari Biduri

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 ekor ikan
  • 1/2 biji tomato
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 2 biji cili padi- kalau nak lagi pedas boleh tambah
  • 1/4 biji bawang besar
  • 2 tangkai daun kesum
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Bersih ikan. Letakkan sedikit garam dan bakar
  2. [ Persediaan untuk air asam ]
  3. Potong dadu tomato,mayang bawang besar dan juga daun kesum. Potong cili padi
  4. Masukkan air masak ke dalam asam jawa. Tapis untuk ambil airnya
  5. Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam air asam jawa.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa










Udang Masak Kasturi

Sumber : Kak Ray
Kiriman : Anim

Bahan-bahan Yang Perlu

10 ekor udang besar
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
2 tomato merah
2 biji bawang besar
2 biji limau kasturi diambil airnya.
2 tomato hijau
Secawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara memasaknya

  1. Udang digaul dengan air limau dan garam, cili hijau, cili merah ditumbuk kasar, bawang dihiris tomato dibelah empat, panaskan minyak masukkan udang.
  2. Setelah masak angkat udang.
  3. Tumis bawang besar, agak masak kemudian masukan cili ditumbuk, gaul rata dengan api sederhana. Apabila naik minyak masukan udang yang sudah digoreng tadi. Gaul rata sebelum diangkat masukkan tomato dan hidangkan.







Gulai Lemak Daging Salai

Sumber & Gambar : Mak Lang Azie

Bahan-bahan
Daging salai (maklang rebus dan bakar atas dapur jer...dah bakar baru maklang hiris)

Bahan tumbuk/kisar halus
Cili padi
Ba
wang merah
Ba
wang putih
K
unyit hidup

Serai - titik
Cili hijau - belah 2
Santan
Pati santan
Bacang muda - hiris

Cara

  1. Masukkan daging, santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Didihkan.
  2. Masukkan santan pekat dan campakkan cili hijau. Biarkan seketika. Jangan sampai keluar minyak nanti tak sedap.
  3. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.









Black Pepper Chili Crab

Sumber & Gambar : Zahara Bee

Bahan-bahan
3 ekor Ketam
Chilli dlm 3 sdm (chili bersama bwg besar - saya dah kisar n tumis kering utk kegunaan bila perlu)
Bawang putih (lebih kurang 3 ulas)
Sos cili
Sos tomato
Oyster sos
1 sudu lada hitam (ditumbur kasar)
Sedikit air

Cara:

  1. Tumis bwg putih hingga wangi, masukkan chili dan kacau sebentar.
  2. Masukan tiga jenis sos dan lada hitam, tambah sedikit air kemudian masukan ketam. Kacau rata dan tutup kuali biar ketam masak.
  3. Kepekatan kuah ikut selera, kalau suka cair tambah sedikit air.
  4. Dah masak apa lagi hidangkan lah.









Kerang Berapi

Sumber : Jiejie
Gambar : Mak Lang Azie

Bahan
1 kilo kerang
5 ulas bawang merah> diblend
4 ulas bawang putih> diblend
1 labu bawang besar> diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut & diblend)
3 tangkai cili merah> diblend
8 biji cili api > diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh) > dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit > diracik halus
1 biji telur > dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung > untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.

Cara membuatnya

  1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
  2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing.
  3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi.
  4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak.
  5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau.
  6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi.
  7. Masukkan tepung jagung dan kacau.
  8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.