Ikan patin ( sangkar atau kolam ) dibersihkan dan di basuh dengan air asam jawa. (Jika patin sungai tidak perlu di basuh dengan air asam).( Patin kolam perlu direndam selama setengah jam dalam air asam )
Masukkan air dalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yang telah digiling. Kemudian masukkan ikan dan tempoyak. Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping. Akhir sekali masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan sedikit gula.
Jika anda suka, boleh juga masukkan beberapa batang kacang bendi.
Gulai Lemak Ketam Bahan-Bahan: 3 ekor ketam 1½ biji kelapa parut 4 sm kunyit hidup 15 biji cili api 1 biji nenas 2 batang serai 1 helai daun kunyit Garam dan serbuk perasa secukupnya Cara-Cara: Bersihkan ketam, kemudian dipotong dua setelah itu basuh dan toskan airnya. Nenas dibersihkan kulit dan matanya kemudian dipotong kecil-kecil. Cili api ditumbuk sersama serai dan kunyit hidup. Kelapa diperah ambil santannya secukup untuk kegunaan. Masukkan ketam ke dalam periuk bersama-sama bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi dengan santan. Jerangkan di atas api. Kemudian masukkan nenas, garam dan serbuk perasa secukupnya sambil dikacau selalu. Bila telah mendidih dan pekat, bolehlah diangkat.
Rendang Ayam Bahan-Bahan: 1 ekor ayam 1 mangkuk santan pekat 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 3 cm halia 3 cm lengkuas 20 tangkai cili kering 2 helai daun kunyit 3 sudu besar kerisik 1 keping asam gelugur Sedikit garam
Cara-Cara: Ayam dipotong ikut suka dan dibersihkan. Cili kering, halia, bawang merah, lengkuas dan bawang putih dikisar halus. Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam kuali, kemudian tambahkan ayam dan kerisik. Kacau rata agar semua bahan sebati dan bahan masak dengan api yang sederhana hingga air ayam kering. Kemudian masukkan santan pekat dan daun kunyit, sentiasa dikacau. Setelah kuah pekat masukkan garam dan asam keping, kacau rata hingga kuah kering.
Ikan Merah Kukus Bahan-bahan ( 3 orang ) - 1/2 ekor ikan merah saiz besar (kalau ikan kecil guna seekor)
- 3 helai daun bawang - potong bulat bahagian bawahnya yang warna putih/hijau muda tu, x yah amik daunnya)
- segenggam daun katumbar
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 ulas bawang putih - dimayang nipis
- 1 inci halia - dihiris nipis
- 2-3 titik minyak bijan
- 1 batang cili merah - dipotong
- Secubit garam
Cara-cara - Ikan dikelar-kelar dan dilumur sedikit garam.
- Masuk dalam pinggan tahan panas. Lumurkan sos tiram pada ikan dan curahkan kicap cair.
- Taburkan halia dan bawang putih. Kalau boleh, masukkan ke celah-celah ikan yang dikelar tadi (both sides).
- Tabur daun bawang, daun ketumbar dan cili merah potong ke atas ikan.
- Akhir sekali titiskan minyak bijan ke atas ikan dan kukus selama 20 minit attau hingga ikan masak.
Ikan Siakap Kukus Bahan-bahan ( 5 - 6 orang ) - 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca teh tepung jagung
- 1/2 camca teh lada sulah
- 3 camca besar jus limau kasturi*
- 1 1/2 camca besar minyak masak*
- 1 1/2 camca teh gula*
- 1/2 camca teh garam*
- 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
- 2 batang serai, dihiris halus*
- 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
- 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
- 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
- 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
- 1/2 camca teh tepung jagung*
- 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
Cara-cara - Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
- Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
- Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.
Asam Pedas Melaka Bahan-bahan ( 1 family... ) - 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
- Bahan kisar:-
- 3 biji bawang merah
- 10biji cili kering
- 1/2 in halia
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1/4 sudu teh lada hitam
- 1/2 in kunyit hidup
- 2 ulas bawang putih
- Bahan tumis:-
- @ 1/2 bawang besar-hiris
- @ 1/4 sudu teh biji sawi
- @ 1/4 sudu teh halba
- @ 2 tangkai daun kari
- air asam jawa secukupnya
- air secukupnya
- 1 biji tomato-potong2
- 5 biji kacang bendi
- 1 serai-diketuk
- 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
- minyak masak
- garam dan gula jika suka
Cara-cara - panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
- masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
- masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.
Rendang Tok Seri Perak Bahan-Bahan: | 1 ½ kg daging lembu (dipotong kiub 5 cm) 150 gm bawang kecil 120 gm bawang putih 150 gm halia (dikisar) 10 batang serai (dikisar halus) | Bahan-bahan kisar: 2 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih ½ sudu kecil lada hitam 10 biji buah pelaga 10 biji bunga cengkih 5 cm kulit kayu manis 1 sudu kecil serbuk kunyit ½ biji kelapa untuk dibuat kerisik 2 biji kelapa (ambil santannya) 3 sudu kecil santan 2 sudu kecil gula 2 helai daun kunyit | Cara: | Perapkan daging bersama semua Bahan-bahan kisar selama lebih kurang dua jam. Selepas itu bolehlah dimasak lebih kurang 2 hingga 2 1/2 jam sehingga kuah menjadi kering. Pastikan daging itu empuk dan lembut. Selepas itu, masukkan perasa.
|
Udang Galah Masak Lemak Sumber & Gambar : Mak Lang Azie Bahan-bahan ½ kg Udang galah Bahan tumbuk Cili padi 1/2 genggam Bwg putih Bwg merah Halia Lengkuas Kunyit hidup Kacang panjang Buah tomato Asam keping Santan cair Santan pekat Serai – dititik Daun kunyit Cara Membuatnya 1. Tumiskan bahan tumbuk tadi hingga wangi. 2. Masukkan santan cair dan udang galah tadi, kacau. 3. Campakkan serai, daun kunyit dan asam keping, kacau..biarkan sekejap. 4. Masukkan kacang panjang, tomato dan santan pekat…tunggu hingga mendidih dan bolehlah ditutup api.
Udang Masala Sumber: Azie Maklang Bahan-bahan: Udang sederhana besar (campur dengan serbuk kunyit + garam, goreng sekejap). Angkat ketepikan. Bawang besar (separuh potong dan separuh lagi kisar) Bawang putih - kisar Halia - kisar Cili merah - kisar Tomato - kisar Jintan manis Jintan putih Ketumbar Lada putih serbuk kunyit serbuk cili kas-kas } option Daun kari serai santan
Cara-cara: 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang yang telah dipotong. 2. Masukkan bahan yang dikisar. 3. Masukkan serbuk cili, santan, udang serta rempah ratus dan gaul rata 4. Masukkan garam 5. Siap.
Chili Crab Sumber & Gambar : Mak Lang Azie Bahan-bahan 3 ekor Ketam } letak garam + lada hitam Halia } dicincang halus Bwg putih } 3 sb Sos tomato 3sb Sos cili 1sb Sos tiram ½ st belacan – dibakar dan dihancur2kan halus Tepung jagung + air Cili padi Cara Membuatnya 1. Ketam digoreng terlebih dahulu…ketepikan. 2. Tumiskan bwg putih dan halia hingga wangi. 3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram dan juga belacan, kacau, campakkan cili padi. 4. Masukkan air bancuhan tepung jagung, biar mendidih sekejap. 5. Last sekali masukkan ketam tadi dan gaul sampai semuanya sebati. 6. Angkat dan taburkan daun sup jika suka
Ayam Kalasan Sumber : Variasi Masakan Selatan oleh Norzailina Nordin Kiriman & Gambar : Jeni Bahan-bahan 500 ml santan dari 1 biji kelapa 1 ekor ayam potong 8 1 sudu makan kicap manis 1 sudu teh kunyit serbuk Garam dan gula secukup rasa Minyak masak Bahan (A) ditumbuk kasar 6 cm lengkuas 5 cm halia 4 cm kunyit 5 ulas bawang putih 5 batang serai 2 biji bawang besar Cara Membuatnya 1. Perap ayam bersama kicap, serbuk kuinyit dan garam selama 1 jam. 2. Rebus ayam dengan santan dan bahan (A). Tambah gula dan garam secukup rasa. 3. Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan rebusan. Ketepikan. 4. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keemasan. Letak di dalam pinggan. 5. Goreng pula bahan rebusan yang ditapis di dalam minyak tadi. Bila sudah garing, angkat dan taburkan di atas ayam tadi.
Ikan Bawal Sweet n Sour Sumber dari Junjs11@myresipi.com
Bahan-bahan ( 3-4 org makan ) - 1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.
- 3 biji bawang merah-ditumbuk
- 1 ulas bawang putih-ditumbuk
- 1 in halia-dihiris panjang2
- 1 biji tomato-dipotong dadu
- 1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
- 1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 1/2 lobak merah-dipotong dadu
- 1/3 timun-dipotong dadu
- sedikit bunga kobis
- sedikit nenas-dipotong dadu
- sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara-cara - Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
- Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
- Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
- Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi
Ikan Bakar Air Asam Sumber dari Biduri
Bahan-bahan ( 1 orang ) - 1 ekor ikan
- 1/2 biji tomato
- 1 sudu besar asam jawa
- 2 biji cili padi- kalau nak lagi pedas boleh tambah
- 1/4 biji bawang besar
- 2 tangkai daun kesum
- garam
- gula
Cara-cara - Bersih ikan. Letakkan sedikit garam dan bakar
- [ Persediaan untuk air asam ]
- Potong dadu tomato,mayang bawang besar dan juga daun kesum. Potong cili padi
- Masukkan air masak ke dalam asam jawa. Tapis untuk ambil airnya
- Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam air asam jawa.
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa
Udang Masak Kasturi Sumber : Kak Ray Kiriman : Anim Bahan-bahan Yang Perlu 10 ekor udang besar 5 biji cili merah 5 biji cili hijau 2 tomato merah 2 biji bawang besar 2 biji limau kasturi diambil airnya. 2 tomato hijau Secawan minyak masak Garam secukup rasa Cara memasaknya - Udang digaul dengan air limau dan garam, cili hijau, cili merah ditumbuk kasar, bawang dihiris tomato dibelah empat, panaskan minyak masukkan udang.
- Setelah masak angkat udang.
- Tumis bawang besar, agak masak kemudian masukan cili ditumbuk, gaul rata dengan api sederhana. Apabila naik minyak masukan udang yang sudah digoreng tadi. Gaul rata sebelum diangkat masukkan tomato dan hidangkan.
Gulai Lemak Daging Salai Sumber & Gambar : Mak Lang Azie Bahan-bahan Daging salai (maklang rebus dan bakar atas dapur jer...dah bakar baru maklang hiris) Bahan tumbuk/kisar halus Cili padi Bawang merah Bawang putih Kunyit hidup Serai - titik Cili hijau - belah 2 Santan Pati santan Bacang muda - hiris Cara -
Masukkan daging, santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Didihkan. -
Masukkan santan pekat dan campakkan cili hijau. Biarkan seketika. Jangan sampai keluar minyak nanti tak sedap. -
Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.
Black Pepper Chili Crab Sumber & Gambar : Zahara Bee Bahan-bahan 3 ekor Ketam Chilli dlm 3 sdm (chili bersama bwg besar - saya dah kisar n tumis kering utk kegunaan bila perlu) Bawang putih (lebih kurang 3 ulas) Sos cili Sos tomato Oyster sos 1 sudu lada hitam (ditumbur kasar) Sedikit air Cara: -
Tumis bwg putih hingga wangi, masukkan chili dan kacau sebentar. -
Masukan tiga jenis sos dan lada hitam, tambah sedikit air kemudian masukan ketam. Kacau rata dan tutup kuali biar ketam masak. -
Kepekatan kuah ikut selera, kalau suka cair tambah sedikit air. -
Dah masak apa lagi hidangkan lah.
Kerang Berapi Sumber : Jiejie Gambar : Mak Lang Azie Bahan 1 kilo kerang 5 ulas bawang merah> diblend 4 ulas bawang putih> diblend 1 labu bawang besar> diblend 7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut & diblend) 3 tangkai cili merah> diblend 8 biji cili api > diblend 3 batang serai (kasi lebih pun boleh) > dimayang/diracik halus 3 helai daun kunyit > diracik halus 1 biji telur > dipukul hingga hancur 1 1/2 sudu tepung jagung > untuk pekatkan kuah sedikit sos tiram pedas/biasa sedikit air garam secukup rasa gula secukup rasa. minyak untuk menggoreng. Cara membuatnya -
Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi. -
Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing. -
Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi. -
Masukkan telur dan kacau hingga telur masak. -
Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau. -
Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi. -
Masukkan tepung jagung dan kacau. -
Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.
|